Selasa, 17 Juli 2012

KENDURI ARWAH BUKAN BID’AH DHALALAH BAHKAN SUNNAH NABI S.A.W




Ketahuilah kamu bahawa kenduri arwah itu bermakna sadaqah dan berdo’a kepada orang-orang yang telah mati. Maka memang sampai kepada simati itu.Dalilnya firman Allah :

والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم
Ertinya : dan segala orang yang datang mereka itu kemudian dari mereka itu berkata mereka itu hai tuhan kami ..ampunilah kami oleh mu bagi kami dan bagi saudara-saudara kami yang mereka itu telah mendahului akan kami dengan iman.
Hadith:
ان رجلا قال للنبي صعلم ان امي أقتلتت نفسها وأراها لو تكلمت تصدقت فهل لها من اجر ان تصدقت عنها قال نعم رواه البخاري ومسلم عن عائشة رضي الله عنها
Ertinya:bahawa seorang lelaki berkata ia bagi Nabi s.a.w bahawa ibuku dimatikan terkejut dirinya dan dilihatkan daku akandia jikalau berkata-kata niscaya bersedekah ia.Maka adakah baginya pahala(balasan) jika aku sedakah daripadanya ? Sabda Nabi s.a.w na’am (ia).
Hadith :
اذا مات الأنسان انقطع عمله الا من ثلاث صدقة جارية او علم ينتفع به او ولد صالح يدعو له رواه مسلم عن ابي هريرة
Ertinya: apabila mati oleh maknusia muslim nescaya terputuslah amalannya melainkan daripada tiga perkara, sedakah jariyah , ilmu yang memberi menafa’at dengan dia , atau anak yang saleh yang mendo’a baginya.
(Kitab ini telah ditashih oleh 3 orang tokoh ulama tanah air 1-Sheikh Abdullah Fahim 2-Sheikh Haji Ahmad Tuan Husin Pokok Sena 3-Tuan Guru Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah Merbuk Kedah )

KENDURI ARWAH ADALAH IBADAH YANG SUNNAH



Kitab yang berjodol al-Syams al-tali’ah li naskh al-kawakib al-naiyyirah adalah kitab yang telah dikarang oleh Sheikh Haji Wan Ali bin Hj Wan Ya’qub al-Jambawi al-Sulati yang berasal dari Fatani.Beliau adalah seorang lepasan dari Madrasah Sulatiyyah di Makkah al-Mukarramah.
Didalam kitab ini beliau telah menulis penjelasan tentang “ KENDURI ARWAH” sebagai menjawab tuduhan liar oleh Hj Abdullah Bendang Kebun Fatani(Kaum Muda/ Wahabi) didalam kitabnya yang berjodol “ al-kawakib al-naiyyiraat “.
Beliau terundang menulis risalah ini , bila mana Hj Abdullah Bendang Kebun(Kaum Muda /Wahabi) menyebutkan amalan kenduri arwah sebagai amalan bid’ah yang sesat.
Didalam kitab ini beliau telah memasukkan juga surat yang dikirim oleh Pak De ‘Il ( Sheikh Ismail ) Ma’la dan Sheikh Abd Qadir al-Mandili dari Makkah kepadaTuan Guru Hj Abd Wahhab Pondok Bekalan Enam Fatani yang menjelaskan tentang amalan kenduri arwah adalah amalan yang baik dan bersandarkan nas-nas yang jelas.
Golongan yang membid’ahkan amalan kenduri arwah bukanlah cerita baru , akan tetapi kalau diselidiki ternyata adalah penyakit lama yang tumbuh semula bila masyarakat mula kosong dari ilmu agama.
Awas Wahab-wahab..jangan celupar mulut..binasa dunia akhirat….

MEMBACA AL-QURAN MENDATANG FAEDAH KEPADA ORANG YANG MATI DISISI SYAFI’EYYAH


Berkata al-Hasan al-Sabah al-Za’farani , aku bertanya dengan Imam Shafei r.a tentang bacaan Quran di kubur , maka beliau telah menjawab maka tiada mengapa.
Berkata Imam Nawawi r.a didalam kitab minhaj menyatakan , bagi mereka yang menziarahi kubur boleh la memberi salam dan berdoa’…
Al-Khatib al-Syarbini didalam al-iqna’ menyatakan sunat bagi mereka yang berziarah kubur memberi salam , dengan berdepan arah janazah sambil mengucapkan sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada para sahabatnya bila mana mereka bergegas ke perkuburan dengan ucapan :
السلام على اهل الدار من المؤمنين و المسلمين و انا انشأ الله بكم لاحقون
(رواهما مسلم )
Telah menambah Abu Daud : اللهم لا تحرمنا اجرهم ولا تفتنا بعدهم
(Dengan sanad yang agak lemah)
Dan perkataannya ان شأ الله untuk tabarruk(mengambil barakah) dibacakan di sisi janazah bacaan al-Quran , sesungguhnya rahmat akan turun ditempat dibacakan ( bacaan al-Quran).
Orang yang telah mati adalah sama seperti orang yang datang kerana mengharapkan rahmat .maka dibacakan doa’ mengiringi bacaan al-Quran , kerana doa’ memberi faedah kepada simati dan doa’ yang mengiringi bacaan al-Quran adalah terlebih ijabah(diterima).
Serta bagi mereka yang menziarahi kubur hendaklah menghampirkan diri dengan kubur , seperti mereka mendekatinya sewaktu hidup kerana ihtiram (hormat) bagi simati.
Berkata Imam Nawawi r.a , sunat banyak menziarahi kubur dan ziarah kepada kubur orang-orang yang baik-baik dan mempunyai kelebihan. (dari kaum salihin.)
http://al-subki.blogspot.com/

Fatwa Tahlil Ibnu Taimiyyah

Syaikh Ibnu Taimiyyah, ulama yang menjadi rujukan pertama dan utama geng-geng pengaku salafi yang hidup di zaman khalaf, sebenarnya tidaklah seekstrim puak-puak pelampau kat tempat kita dalam memerangi amalan bertahlil yang dilakukan oleh masyarakat kita. Aneh dan pelik, kerana dalam menentang amalan bertahlil atau itsal ats-tsawab, maka mereka akan mengutarakan qaul yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i mengenainya. Malangnya mereka sendiri gagal memahami untuk kedudukan qawl tersebut dan maksud yang dikehendaki oleh Imam asy-Syafi`i. Maka mereka telah memahami qaul tersebut menurut tafsiran mereka sendiri yang bercanggah dengan pegangan para ulama yang menjadi pendokong mazhab yang agung tersebut. Perkara ini sama seperti kegagalan mereka untuk memahami kalimah “ma’tam” yang disebut oleh Imam asy-Syafi`i sehingga mereka menyamakan ma’tam dengan kenduri arwah. Allahu … Allah……..sungguh perbedaan antara ma’tam dengan kenduri arwah yang diamalkan umat Islam sekarang adalah umpama langit dengan bumi. Ma’tam itu tradisi kaum jahiliyyah, sedangkan kenduri arwah itu dipelopori oleh kaum yang mentauhidkan Allah, maka janganlah disamakan. Insya-Allah, nanti jika diizinkan Yang Maha Esa, kita boleh bicarakan mengenai kedudukan qawl yang dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i tersebut dan perbicaraan ulama pendokong mazhab beliau mengenai kedudukan dan ihtimalat terhadap qawl tersebut.Puak-puak anti-tahlil, walaupun terkenal taksub dan menjunjung tinggi Syaikh Ibnu Taimiyyah, tetapi dalam persoalan tahlil tidak menjadikan perkataannya sebagai panduan. Ini adalah kerana Ibnu Taimiyyah juga muridnya Ibnu Qayyim adalah termasuk ulama yang berfatwa bahawa pahala bacaan al-Quran, pahala amalan, pahala tahlil dapat dihadiahkan kepada arwah mereka-mereka yang telah meninggal dunia. Dalam himpunan fatwa yang dinisbahkan kepada Syaikh Ibnu Taimiyyah dinyatakan sebagai berikut:-
Dan ditanyai (Ibnu Taimiyyah) mengenai (hadits): “bertahlil 70,000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka”, adakah hadits tersebut shohih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka dijawab (oleh Ibnu Taimiyyah):- Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70,000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan hadits tersebut tidaklah shohih dan tidak juga dhoif (yakni tidak tsabit kedudukan hadits tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allahlah yang Maha Mengetahui.
Allahu … Allah, lihat ya ikhwah, bagaimana Ibnu Taimiyyah memfatwakan tahlil buat orang mati akan bermanfaat baginya. Jadi kenapa orang yang mengaku Ibnu Taimiyyah sebagai ulama besar mereka, panutan mereka, menjadi umpama “lebih sudu dari kuah” sehingga tidak dapat bertasamuh dengan kelompok majoriti yang mengamalkan amalan “itsal ats-tsawab” dengan bertahlil dan sebagainya. Kalau kamu tak emboh nak bertahlil, itu hak kamu, tapi jangan pula nak menceroboh hak kami untuk bertahlil, sampai tak sampai itu urusan Allah, bukan urusan kita. ***********************************

Berzikir di kuburan

Antara kebiasaan masyarakat kita, selesai pengkebumian jenazah, maka diadakanlah bacaan talqin yang dihukumkan sunnat oleh ulama Syafi`iyyah. Biasanya talqin akan dilanjutkan dengan pembacaan doa tatsbit memohon agar si mati ditetapkan imannya sewaktu menghadapi soal Munkar dan Nakir. Akhir sekali dibacakanlah tahlil yang kandungannya ialah bacaan ayat-ayat suci al-Quran, tasbih, takbir, tahlil, istighfar, sholawat dan disudahi dengan doa wahbah bagi si mati khususnya dan sekalian muslimin umumnya. Zaman berzaman, inilah amalan ulama dan awam masyarakat kita apabila mengkebumikan jenazah.
Namun kini, timbul golongan yang suka menang sendiri, yang tidak memahami dan menghormati perbezaan pendapat dalam perkara-perkara khilaf, maka mereka ini bersungguh-sungguh berjuang untuk menghapuskan amalan yang telah sekian lama diamalkan ini atas slogan membasmi bid`ah dan sebagainya. Maka ditohmahkanlah bahawa segala amalan yang telah menjadi tradisi masyarakat kita, yang dilaksanakan oleh segenap peringkat, ulama maupun awam, sebagai tidak punya asal dan sandaran pada syarak. Allahu … Allah, sedangkan jika diteliti, amalan-amalan tersebut punya sandaran dan asalnya pada syarak.
Imam Ahmad dalam musnadnya yang masyhur telah meriwayatkan satu hadits daripada Sayyidina Jaabir bin ‘Abdullah r.’anhuma bahawa ketika Sayyidina Sa`ad bin Mu`adz r.a. meninggal dunia, beliau dan Junjungan Nabi s.a.w. telah pergi menziarahinya. Ketika jenazah selesai disembahyangkan, dikubur dan diratakan kuburnya, Junjungan Nabi s.a.w. bertasbih dan diikuti oleh para sahabat baginda dalam masa yang agak lama, kemudian baginda bertakbir lalu para sahabat turut bertakbir. Setelah selesai daripada berzikir, Junjungan Nabi s.a.w. ditanyai oleh para sahabat: “Kenapa engkau bertasbih kemudian bertakbir?” Junjungan Nabi s.a.w. menjawabnya: “Telah menyempit atas hamba yang sholih ini akan kuburnya sehingga dilapangkan Allah baginya.”
Allahu … Allah, Junjungan Nabi s.a.w. berzikir kerana menyempitnya kubur tersebut sehinggalah dengan rahmat Allah kubur tersebut diluaskan bagi penghuninya. Hadits di atas juga turut dinukilkan oleh Imam al-Husain bin Mas`ud al-Baghawi dalam “Misykaatul Mashoobiih” dalam bab “ itsbaat ‘adzaab al-qabr “. Jadi sabitlah nas yang Junjungan Nabi s.a.w. dan para sahabat pernah berzikir di sisi kubur selesai pengkebumian. Jika pun hadits tersebut dihukumkan “dhaif”, maka di sisi mazhab jumhur ulama, hadits dhaif adalah hujjah dalam perkara-perkara fadhail. Dan tidaklah tertentu ucapan zikir tersebut dengan hanya tasbih dan takbir, kerana tidak warid ada tegahan untuk menambah zikir-zikir seumpama tahlil, sholawat dan sebagainya. Junjungan Nabi s.a.w. diberitakan dalam khabar yang shohih sebagai berwudhu` dengan satu cupak air dan mandi janabah dengan menggunakan kadar segantang ke 5 mud air, maka jika seseorang berwudhu atau mandi dengan menggunakan lebih dari kadar yang digunakan oleh Junjungan Nabi s.a.w., maka adakah itu satu kesalahan?? Siapa sekarang yang berwudhu dengan secupak dan mandi dengan segantang ?

Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan

Posted on October 23, 2009 by salafytobat | Edit
Ibnul Qayyim (Scan Kitab Ar-ruh) : Sampainya hadiah bacaan Alqur’an dan Bolehnya membaca Al-Qur’an diatas kuburan

Kitab ar-ruh :
Teks Arab Kitab Arruh Ibnu qayyim pada halaman 5 (kitab digital) :
وقد ذكر عن جماعة من السلف أنهم أوصوا أن يقرأ عند قبورهم وقت الدفن قال عبد الحق يروى أن عبد الله بن عمر أمر أن يقرأ عند قبره سورة البقرة وممن رأى ذلك المعلى بن عبد الرحمن وكان الامام أحمد ينكر ذلك أولا حيث لم يبلغه فيه أثر ثم رجع عن ذلك   وقال الخلال في الجامع كتاب القراءة عند القبور اخبرنا العباس بن محمد الدورى حدثنا يحيى بن معين حدثنا مبشر الحلبى حدثني عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه قال قال أبى إذا أنامت فضعنى في اللحد وقل بسم الله وعلى سنة رسول الله وسن على التراب سنا واقرأ عند رأسى بفاتحة البقرة فإنى سمعت عبد الله بن عمر يقول ذلك قال عباس الدورى سألت أحمد بن حنبل قلت تحفظ في القراءة على القبر شيئا فقال لا وسألت يحيى ابن معين فحدثنى بهذا الحديث   قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ
وقال الحسن بن الصباح الزعفراني سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال لا بأس بها   وذكر الخلال عن الشعبي قال كانت الأنصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرءون عنده القرآن قال وأخبرني أبو يحيى الناقد قال سمعت الحسن بن الجروى يقول مررت على قبر أخت لي فقرأت عندها تبارك لما يذكر فيها فجاءني رجل فقال إنى رأيت أختك في المنام تقول جزى الله أبا على خيرا فقد انتفعت بما قرأ أخبرني الحسن بن الهيثم قال سمعت أبا بكر بن الأطروش ابن بنت أبي نصر بن التمار يقول كان رجل يجيء إلى قبر أمه يوم الجمعة فيقرأ سورة يس فجاء في بعض أيامه فقرأ سورة يس ثم قال اللهم إن كنت قسمت لهذه السورة ثوابا فاجعله في أهل هذه المقابر فلما كان يوم الجمعة التي تليها جاءت امرأة فقالت أنت فلان ابن فلانة قال نعم قالت إن بنتا لي ماتت فرأيتها في النوم جالسة على شفير قبرها فقلت ما أجلسك ها هنا فقالت إن فلان ابن فلانة جاء إلى قبر أمه فقرأ سورة يس وجعل ثوابها لأهل المقابر فأصابنا من روح ذلك أو غفر لنا أو نحو ذلك
Membaca Al-qur’an Diatas Kubur Dan Mengadiahkan Pahalanya bagi Mayyit (Muslim)
Tarjamahannnya :
Pernah disebutkan daripada setengah para salaf, bahwa mereka mewasiatkan supaya dibacakan diatas kubur mereka di waktu penguburannya. Telah berkata abdul haq, diriwayatkan bahwa Abdullah bin umar pernah menyuruh supaya diabacakan diatas kuburnya surah al-baqarah. Pendapat ini dikuatkan oleh mu’alla bin hanbal, pada mulanya mengingkari pendapat ini kerana masih belum menemui sesuatu dalil mengenainya, kemudian menarik balik pengingkarannya itu setelah jelas kepadanya bahwa pendapat itu betul.
Berkata Khallal di dalam kitabnya ‘Al-jami’ : Telah berkata kepadaku Al-Abbas bin Muhammad Ad-dauri, berbicara kepadaku Abdul Rahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, katanya : Ayahku telah berpesan kepadaku, kalau dia mati, maka kuburkanlah dia di dalam lahad, kemudian sebutkanlah : Dengan Nama Allah, dan atas agama Rasulullah !, Kemudian ratakanlah kubur itu dengan tanah, kemudian bacakanlah dikepalaku dengan pembukaan surat albaqarah, kerana aku telah mendengar Abdullah bin Umar ra. Menyuruh membuat demikian. Berkata Al-Abbas Ad-Dauri kemudian : Aku pergi bertanya Ahmad bin Hanbal, kalau dia ada menghafal sesuatu tentang membaca diatas kubur. Maka katanya : Tidak ada ! kemudian aku bertanya pula Yahya bin Mu’in, maka dia telah menerangkan kepadaku bicara yang menganjurkan yang demikian.
Berkata Khallal, telah memberitahuku Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq, berbicara kepadaku Ali bin Muwaffa Al-Haddad, dan dia adalah seorang yang berkata benar, katanya :Sekalai peristiwa saya bersama-sama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari menghadiri suatu jenazah. Setelah selesai mayit itu dikuburkan, maka telah duduk seorang yang buta membaca sesuatu diatas kubur itu. Maka ia disangkal oleh Imam Ahmad, katanya : Wahai fulan ! Membaca sesuatu diatas kubur adalah bid’ah !. Apa bila kita keluar dari pekuburan itu, berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari kepada Imam Ahmad bin Hanbal : Wahai Abu Abdullah ! Apa pendapatmu tentang si Mubasysyir Al-Halabi ? Jawab Imam Ahmad : Dia seorang yang dipercayai. Berkata Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari seterusnya : Aku menghafal sesuatu daripadanya ! Sangkal Imam Ahmad bin Hanbal : Yakah, apa dia ? Berkata Muhammad bin Qudamah : Telah memberitahuku Mubasysyir, daribada Abdul Rahman Bin Al-Ala’ bin Lajlaj, daripada ayahnya, bahwasanya ia berpesan, kalau dia dikuburkan nanti, hendaklah dibacakan dikepalanya ayat-ayat permulaan surat Al-Baqarah, dan ayat-ayat penghabisannya, sambil katanya : Aku mendengar Abdullah bin Umar (Ibnu Umar) mewasiatkan orang yang membaca demikian itu.
Mendengar itu, maka Imam Ahmad bin Hanbal berkata kepada Muhammad bin Qudamah : Kalau begitu aku tarik tegahanku (Bhs Ind : penolakanku ) itu. Dan suruhlah orang buta itu membacakannya.
Berkata Al- Hasan  bin As-sabbah Az-za’farani pula : Saya pernah menanyakan hal itu kepada Imam Syafi’i, kalau boleh dibacakan sesuatu diatas kubur orang, maka Jawabnya : Boleh, Tidak mengapa !
Khalal pun telah menyebutkan lagi dari As-sya’bi, katanya : Adalah Kaum Anshor, apabila mati seseorang diantara mereka, senantiasalah mereka mendatangi kuburnya untuk membacakan sesuatu daripada Al-Qur’an.
Asy-sya’bi berkata, telah memberitahuku Abu Yahya An-Naqid, katanya aku telah mendengar Al-Hasan bin Al-Haruri berkata : Saya telah mendatangi kubur saudara perempuanku, lalu aku membacakan disitu Surat Tabarak (Al-Mulk), sebagaimana yang dianjurkan. Kemudian datang kepadaku seorang lelaki danmemberitahuku, katanya : Aku mimpikan saudara perempuanmu, dia berkata : Moga-moga Allah memberi balasan kepada Abu Ali (yakni si pembaca tadi) dengan segala yang baik. Sungguh aku mendapat manfaat yang banyak dari bacaannya itu.
Telah memberitahuku Al-Hasan bin Haitsam, katanya aku mendengar Abu Bakar atrusy berkata : Ada seorang lelaki datang ke kubur ibunya pada hari jum’at, kemudian ia membaca surat Yasin disitu. Bercerita Abu Bakar seterusnya : Maka aku pun datang kekubur ibuku dan membaca surah Yasiin, kemudian aku mengangkat tangan : Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kalau memang Engkau memberi pahala lagi bagi orang yang membaca surat ini, maka jadikanlah pahala itu bagi sekalian ahli kubur ini !
Apabila tiba hari jum’at yang berikutnya, dia ditemui seorang wanita. Wanita itu bertanya : Apakah kau fulan anak si fulanah itu ? Jawab Abu Bakar : Ya ! Berkata wanita itu lagi : Puteriku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikan dia datang duduk diatas kuburnya. Maka aku bertanya : Mengapa kau duduk disini ? Jawabnya : Si fulan anak fulanah itu telah datang ke kubur ibunya seraya membacakan Surat Yasin, dan dijadikan pahalanya untuk ahli kuburan sekaliannya. Maka aku pun telah mendapat bahagian daripadanya, dan dosaku pun telah diampunkan karenanya.
(Tarjamah Kitab Ar-ruh  Hafidz Ibnuqayyim jauziyah, ‘Roh’ , Ustaz Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura, 1990, halaman 17 – 19)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar